Profil

SPRG Malaysia

Malaysia Strategic Public Relations Sdn Bhd

Kejayaan atau kegagalan seringkali dinilai melalui reputasi yang bukan sahaja abstrak, tetapi juga berdasarkan pendapat yang telus. Di SPRG Malaysia, kami percaya, dengan mewujudkan hubungan yang baik dan berkekalan berdasarkan kepercayaan, reputasi positif akan dapat dicapai. Melalui kerjasama yang baik barisan tenaga kerja kami yang bukan sahaja berkebolehan , malah mempunyai latar belakang yang pelbagai, kami telah berjaya menghasilkan kempen-kempen yang berimpak tinggi, dari acara berskala besar melibatkan selebriti , yang menjadi buah mulut masyarakat , kepada inisiatif - inisiatif yang berkait rapat dengan kemampanan dalam membina hubungan syarikat dengan masyarakat. Keupayaan kami dalam memenuhi keperluan pelanggan, menjaga kepentingan mereka dan menghormati nilai-nilai masyarakat dalam memastikan bahawa syarikat-syarikat berkaitan tidak hanya bertumpu dalam menghasilkan keuntungan, tetapi mampu memberi nilai-nilai positif yang menjadi asas kepada pembangunan masyarakat yang lebih baik.

Maklumat Syarikat